Susulan kritikan terhadap kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Jeffrey Kitingan tampil membuat pencerahan.<br /><br />Menurut Jeffrey, gaji ADUN di Sabah merupakan yang paling rendah berbanding negeri lain di Malaysia dan ianya membataskan peranan wakil rakyat negeri itu di kawasan masing-masing.
